Tak terucap rasanya kesyukuranku bila dapat berita yang orang penting tersebut telah menangguhkan kunjungannya ke Qatar. Tapi aku tak boleh menarik nafas lega lagi sebabnya, selagi dia tak datang ke sini selagi itulah kerja tak selesai, dan lambat laun masa itu akan tiba juga. Leganya hanya untuk seketika saja.
Tapi aku harap, bila sampai masanya orang penting tersebut nak datang, suamiku dah pun dipanggil balik untuk bertugas di Malaysia. Itu hanyalah harapanku saja. Belum tentu jadi kenyataan.
Selesailah masalah aku untuk seketika. Serabut kepalaku pun hilang untuk sementara. tapi aku harap dia tangguh lagi kunjungannya sampai tahun depan di mana tempat suamiku dah digantikan dengan orang lain. Adakah tidak mustahil akan berlaku. Aamiin ya Allah. Kabulkann doaku yang hina ini.
Kita adalah pelakon di pentas dunia. Bila-bila masa, watak kita akan dihentikan oleh pengarahnya iaitu Allah. Berlakonlah dengan sebaik-baiknya supaya kita mendapat anugerah pelakon terbaik di akhirat kelak sebaris dengan Rasulullah dan Para Sahabat.
19 Oktober 2010
03 Oktober 2010
Serabut Kepala
Sekarang ni, kepala dok pening memikirkan macam-macam hal. Semalam dapat berita orang penting nak datang Qatar. Suami isteri dan hulubalang-hulubalangnya. Biasalah, kalau isterinya ikut sama, maka aku pun ikut sama sibuk macam suami.
Yang aku risau sekarang ni, dua orang anak kecilku. Si abang sangatlah aktif. Si adik pula, menyusu badan. Bukannya dia tak minum susu tepung, tapi sebolehnya, aku tak nak bagi sangat bayiku minum susu tepung.
Lagi satu risau nak tinggalkan kedua-duanya dengan pembantu rumahku. Bukan dia tak tahu menjaga anak kecil. Tapi aku takut dia yang stress. Nak memenuhi kehendak si abang dan dalam masa yang sama nak memenuhi keperluan si adik. Aku takut nanti bila dia dah stress, dia lepaskan geramnya dekat si abang. Aku tak sanggup melihat anakku dimarahi oleh orang lain, walaupun aku sendiri selalu jugak marah-marah pada dia.
Entah macam mana, aku pun tak tahu nak fikir. Semoga Allah beri aku petunjuk dan jalan yang terbaik untuk selesaikan keserabutan yang membelenggu aku.

Langgan:
Catatan (Atom)